Tuesday, February 9, 2016

Cuti sekolah. Balik kampung

1991.

Hari berganti hari. Seperti kebiasaan sementara menanti cuti panjang begini, aku sibuk mencatat buku nota untuk countdown. Bukan itu yang hendak aku ceritakan. Ok kita fast forward cerita cliché macam ni. Aku duduk bersama datuk dan nenek di kampung memang suka semua ahli keluarga balik, bosanlah nak tunggu raya baru meriah. 

Budak sekolah, bila dah berkumpul ramai-ramai sepupu-sepapat aktiviti bersesuaian main galah panjang, bola sepak, kutip sekerap getah, combat pakai senapang kayu handmade, polis sentri. Itu kalau semua asal kampung lah, bila dah pelbagai background ni, diorang prefer main nyorok-nyorok. Aku main apa pun memang champion. Ini fakta. Sebenarnya aku dah pesan dekat Ajin pun bila Pak Ngah telefon confirm kan famili diorang balik tempoh hari; bawa balik nitendo. Tak juga bawa balik, hampeh. Kena la aku layan karenah 'budak-budak bandar' ni. Sepupu aku boleh tahan ramai, insist nak main aci nyorok hari tu. So aku volunteer 'jadi' dulu; aku kira diorang sembunyi. Kawasan rumah Atok memang luas, tipikal rumah kampung-pokok merimbun, belukar, parit, pondok, reban ayam. Senang cerita memang sesuai untuk game ni.

5-10-15-20... Seratus! Sambil mengira kedengaran tapak kaki bersepah sini sana. Adalah dalam 15 orang menyorok. Budak bandar, memang budak bandar, kurang pandai berdikari- nak menyorok pun berteman. Memang masak la. Aku memang familiar sangat dengan rumah Atok pun. "Hairil sep, Jijah sep, Emal sep, K'on sep" secara pukal aku 'matikan' diorang. Satu per satu aku sebut. Semua yang dah mati kena duduk depan beranda tunggu game habis. HQ tempat sep pokok kelapa depan beranda. Aku berdiri membelakangi HQ sambil mencongak head count- dah 16 orang. "Hmm boleh istihar menang.." getus hati kecil.

"CEPAT! CEPAT! CEPAT LARI! SEP! SEP! SEP..!!!" yang dah mati berteriak. Aku berpaling- nampak budak dalam 8 tahun berlari menuju ke HQ macam nak claim BR1M (tangan depa ke depan)- ok masa tu belum ada lagi tapi faham-fahamlah. 

Ikutkan keupayaan fizikal, aku lebih dari mampu dan sepantas Gaban untuk sep dan matikan dia. Masalahnya.. Aku tak kenal siapa nama dia ni dan anak siapa! Aku tahu dia memang saudara mara sekaligus melayakkan dia bermain. Akhirnya aku akur dan buat-buat terpaku di kedudukan sama sampai dia sep dan menyelamatkan yang lain- aku KALAH. Pasrah, next round aku cakap Wan pesan beli bawang kat kedai so tak boleh main dah. Dalam perjalanan tanpa tujuan (konon ke kedai), aku cuba recall siapa budak hingusan yang mencalarkan reputasi gemilang-Aripin kampung boy. Tak puas hati, balik aku tanya Atok.

Rupa-rupanya; Muhd Ikmal Aizi B Zainal Ghani- anak Mak Leha! Ini yang aku geram sangat. Mak Leha ni berapa tahun dah tak balik kampung-last aku tengok anak dia ni baby-baby lagi, itu pun nenek yang jaga time Mak Leha pantang bersalin. Memang la aku tak kenal! Atok cakap dia pesan kat anak-anak dia balik la kampung cuti ni, nak buat tahlil doa selamat. Dalam kepala Mak Leha dia ingat nak bahagi harta pusaka. Puaka betul! Dek kerana haloba dia, aku yang terpalit derita. Budak kecil, benda-benda ego, reputasi macam ni jauh lebih bernilailah. Ish.



 


Random

I don't believe in hidup kaya raya harta mewah melimpah ruah instead jadilah hidup yang sustainable dan mencukupi. Am so afraid of breaking point tbh.