Saturday, January 9, 2016

New Year, New Me

Hello world. It's weird to wish happy new year when you are going to 2nd week of January already. Ah, pedulikan. Blog sendiri kot. 

Seakan mendapat suntikan (botox) baru, rasa nak blog balik. Di kala semua orang rakus dengan social media di alam maya yang lebih in; baca: bersepah budak-budak baru nak up. Sekilas pandangan baru sahaja menjeling bilangan post yang lalu; 2008 tahun yang gemilang, namun ibarat trend harga minyak semasa, bilangan post jatuh merudum. Kehambaran blog ini memang dijangkakan. Namun 2016 bakal menjadi medan kebangkitan! Ni dah tahap azam la kiranya ya. Alah, janganlah berkira sangat.. Support ajelah yok! 

First revival blog ni berkisarkan keazaman anak muda menceburi bidang larian- hidup kesepian di pulau Borneo. Cuba sedikit sebanyak mengupas permasalahan semasa, perkembangan sukan bola sepak (it's the opposite for ManUtd actually) dan kisah pengembaraan meneroka dunia. Ada ke patut 2013 takde post langsung. Hmm

Untuk berlaku adil, marilah catatkan sesuatu untuk tatapan masa depan. Best juga menyelusuri ruang waktu lampau. Boleh la Nur Amni jadikan rujukan macam mana la behavior abahnya di alam maya. Be a good girl ok sayang. *Mmmuahciked*

Sebenarnya baru upgrade Unifi, setelah berkali-kali di called. Untunglah promoter tu dapat komisyen. Baiklah untuk penulisan akan datang, senarai topik seperti berikut (tidak mengikut sequence):-

Perangai supervisor di kaunter (fast food, restaurant etc.)
Kenapa 2016 kena kurangkan FIFA
Survival di Labuan & lesson learnt (dah banyak rant dalam Twitter, hahaha)
Kehidupan di kota metropolitan: realiti & sangkaan
Umur 30an. Jadinya kenapa? 
Hal ehwal semasa-Pentingkah pendapat kau?
Gadget & teknologi- bila kau nak ada duit beli semua 
Travel: yang tersurat & tersirat serta hutang yang berselirat (jika berkenaan)
Siri bercakap dengan Jin. 

Ok, nampak sangat dah merapu. Teruskan berharap kelangsungan blog ini!

Amni, this is not you. Source: Internet 


 

No comments: